Sunday, April 23, 2006

PELAJARAN KEDUA



1. Tapak Empat (Gunakan Perempang tiga atau Lima Langkah)

Huraian:- Memperkenalkan maksud Tapak Empat Besar dan Tapak Empat Kecil di sudut dalam Tempur Seni. Serasikan dengan gerak langkah dan kuda-kuda Bunga Sembah, Pergerakan secara berpasangan.

Melakukan Tapak Lilit dan Tapak Galah Panjang. Gerakan serasi maju dan undur. Mengawal jarak atau ruang 2 meter untuk tempur seni atau beladiri.




2. Buah Seni Silat Melayu.

2.1 Tikam untuk sambut luar.

Huraian:- Latihan buah seni tikam dalam bentuk tanpa senjata. Keadah dalam sambut seni:- Tangkap, Sentak, Tindih, Kedu, Sisip, Sagang dan Potong.


2.2 Parang untuk Sambut dalam.

Huraian:- Latihan buah seni parang dalam bentuk tanpa senjata. Kaedah dalam sambut seni:- Tangkap, Sentak, Tindih, Kedu, Sisip, Sagang dan Potong.

2.3 Tetak untuk sambut atas.


Huraian:- Latihan buah seni tetak dalam bentuk tanpa senjata. Kaedah dalam sambut seni:- Tangkap, Pikul, Kedu, Tindih, Sisip, Sagang dan Potong.

Latihan Ulangan secara sepadu setiap latihan supaya mahir dan kemas iaitu dimulakan dengan Bunga Sembah dan Kaedah Asas Tempur Seni.



3. Tempur Seni Silat Melayu.

Huraian:- Latihan buah serangan kaki seni silat Melayu secara berhadapan dan kemudiannya dilakukan dalam sagang.

Kaedah dalam sagang akibat serangan tangan atau kaki:- Tangkis / Tepis / Hambat / Libas dengan Hasta/ dan tapak Tangan ke luar atau dalam.

Tendang depan atau Empu kaki ke sasaran kemaluan, Ulu hati dan halkum.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home