Monday, April 24, 2006

PELAJARAN KETIGA

1. BELEBAT SEGERAK.

Huraian:- Lakukan gelek serta buah. Pindahkan berat badan ke atas kaki kanan dan kiri.

Belebat Segerak:- Sikap Sedia berdiri tegak.

Gelek Luar - Tumbuk rusuk Kanan / kiri
Gelek Dalam - Tumbuk ulu hati/halkum kanan/ kiri.
Undur Kaki - Tumbuk kanan/kiri
(Kanan/Kiri)

2. BELEBAT

Huraian:- Belebat Segerak langkah ke samping kaedah angkat, sasar atau lompat.

Buah Pukulan:-

Kedua mulai sikap sedia tangan kiri selaku tangkis didada dan tangan kepal dirusuk. Jarak dua meter dan dimulakan dengan langkah kiri serang tangan. Kanan dan kemusian kiri dengan langkah kiri.

Empat penjuru mata angin, Belebat selaku mengelak/menghindarkan sasaran daripada serangan terus dari depan.

2.1. Langkah Ke Samping Luar

2.1.1 Tumbuk Kanan
2.1.2 Pijak Pelipat
2.1.3 Terajang Rusuk
2.1.4 Silang Kaki berpusing Terajang kaki kiri


2.2 Langkah Ke Samping Dalam

2.2.1 Tumbuk Kiri
2.2.2 Pijak Panjkal peha kanan
2.2.3 Sepak Perut
2.2.4 Silang kaki kiri dan libas siku berpusing


2.3 Langkah Undur

2.3.1 Tendang Empu kaki kedepan arah kelengkang.
2.3.2 Ulu Hati/Halkum

Sunday, April 23, 2006

PELAJARAN KEDUA



1. Tapak Empat (Gunakan Perempang tiga atau Lima Langkah)

Huraian:- Memperkenalkan maksud Tapak Empat Besar dan Tapak Empat Kecil di sudut dalam Tempur Seni. Serasikan dengan gerak langkah dan kuda-kuda Bunga Sembah, Pergerakan secara berpasangan.

Melakukan Tapak Lilit dan Tapak Galah Panjang. Gerakan serasi maju dan undur. Mengawal jarak atau ruang 2 meter untuk tempur seni atau beladiri.




2. Buah Seni Silat Melayu.

2.1 Tikam untuk sambut luar.

Huraian:- Latihan buah seni tikam dalam bentuk tanpa senjata. Keadah dalam sambut seni:- Tangkap, Sentak, Tindih, Kedu, Sisip, Sagang dan Potong.


2.2 Parang untuk Sambut dalam.

Huraian:- Latihan buah seni parang dalam bentuk tanpa senjata. Kaedah dalam sambut seni:- Tangkap, Sentak, Tindih, Kedu, Sisip, Sagang dan Potong.

2.3 Tetak untuk sambut atas.


Huraian:- Latihan buah seni tetak dalam bentuk tanpa senjata. Kaedah dalam sambut seni:- Tangkap, Pikul, Kedu, Tindih, Sisip, Sagang dan Potong.

Latihan Ulangan secara sepadu setiap latihan supaya mahir dan kemas iaitu dimulakan dengan Bunga Sembah dan Kaedah Asas Tempur Seni.



3. Tempur Seni Silat Melayu.

Huraian:- Latihan buah serangan kaki seni silat Melayu secara berhadapan dan kemudiannya dilakukan dalam sagang.

Kaedah dalam sagang akibat serangan tangan atau kaki:- Tangkis / Tepis / Hambat / Libas dengan Hasta/ dan tapak Tangan ke luar atau dalam.

Tendang depan atau Empu kaki ke sasaran kemaluan, Ulu hati dan halkum.

PELAJARAN PERTAMA

1. Bunga Sembah 15 Gerak Berangkai.

Huraian:- Membentuk Langkah, Kuda-kuda, Ayun dan Limbai. Pastikan kekemasan dan ketepatan gerak ARas, Arah Ruang dan garis Badan Tegak.

2. Bunga Sembah Gerak Tunggal.

Huraian : - Memahami Kuda-kuda dan hubungan dengan langkah Serung, Teleng, Terus, Undur, Ereng, Silang Dan Samping.

3. Bunga Sembah Fungsi dalam Beladiri

Huraian:- Memahami gerakan tangan Seni Gayung:- Rencung, Kapit, Empang, Sangga, Lunjur, Kacip dan Juak.

4. Jurus Berangkai.

Huraian:- Latihan Jurus: Gerak Tunggal dan Berangkai Tumbuk, Tendang, Sepak, Tampan, Depak, Kacip dan Terajang.

5. Jurus Tunggal dalam Kanan/Kiri.

Huraian:- Latihan kemahiran gerak jurus dilakukan secara tunggal dalam serangan tubi untuk kemahiran.

TUJUAN

Membina pesilat menguasai Seni Silat Melayu dalam dimensi baru yang lengkap dan dapat mengaplikasikannya dalam beladiri, sukan dan nilai sikap pendekar yang luhur.

KONSEP

Menekankan Kemahiran Asas Seni iaitu Bunga Sembah dan Tempur Seni. Asas Beladiri menekankan Sambut Elak dan kemahiran Tempur Beladiri jarak ruang 2 meter

PENDAHULUAN

Peringkat Satu merupakan pembentukan gerak dan kaedah asas Pendidikan Seni Silat Melayu untuk menguasai rupa dan bentuk aliran dari aspek seni, beladiri dan sukannya

Friday, February 24, 2006

Salam Perguruan

Sekadar menguji tambahan menu